- This event has passed.
TATACARA PENULISAN KERTAS CADANGAN, MAKLUMAN & KERTAS KERJA
TARIKH : 6-7 OGOS 2025 ( 2 HARI)
TEMPAT : THE PALM GARDEN HOTEL, IOI RESORT CITY, PUTRAJAYA
MASA : 9 PAGI – 5 PETANG
PENCERAMAH : PUAN NOOR ZAIDAH BINTI MOHAMED NOOR
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (MD075/2/1997) / PSMB TTT 16570
SINOPSIS KURSUS
Penulisan kertas cadangan, kertas makluman dan kertas kerja ialah satu bentuk komunikasi bertulis yang penting bagi menyampaikan maklumat, atau
menterjemahkan sesuatu idea atau aktiviti/program/projek dalam pemikiran kepada bentuk dokumen bagi pembangunan dan kemajuan sesebuah
organisasi/institusi. Tujuannya adalah untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti
kelulusan peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya, iaitu membolehkan pihak berkuasa atau pihak berkepentingan
membuat penilaian dan memberikan maklum balas serta kelulusan. Secara ringkas, kertas cadangan, kertas makluman dan kertas kerja berbeza antara satu
sama lain. Namun begitu, secara umum kertas-kertas tersebut mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi pelaksanaan projek, anggaran
perbelanjaan dan penutup. Jika kertas-kertas ini diterima oleh pihak atasan, barulah projek tersebut boleh dijalankan. Kursus ini memberikan panduan secara
terperinci berkaitan kaedah penulisan kertas cadangan, kertas makluman dan kertas kerja yang mantap dari segi bahasa, format dan garapan idea.
Penggunaan bahasa yang baik, betul dan gramatis pasti dapat mempersembahkan idea yang hendak disampaikan dengan berkesan.
KANDUNGAN KURSUS
- Latihan Ejaan, Tatabahasa dan Kata Sapaan
- Penutup/Rumusan Kursus
- Penulisan Profesional Dokumen Rasmi – Kertas
- Cadangan, Kertas Makluman dan Kertas Kerja
- -Pendahuluan
-Proses Penulisan
-Format/Struktur dan Cara Penyediaan
-Penggunaan Bahasa dalam Penulisan Kertas Cadangan, Kertas Makluman dan Kertas Kerja
-Penyemakan dan Penyuntingan
-Latihan dan Pembentangan (Opsyenal)
Register Now