- This event has passed.
GEOMATIK & UKUR KEJURUTERAAN DI DALAM PEMBINAAN SALIRAN, PENJADUALAN SERTA KAWALAN KERJA PEMBINAAN
TARIKH : 18- 19 OGOS 2025 (2 HARI)
TEMPAT : JOHOR BHARU, JOHOR
MASA : 9 PAGI – 4.30 PETANG
PENCERAMAH : Br MOHD HELMI B ABU BAKAR
Jurulatih Bertauliah untuk CIDB/PLBK, Pengurus Projek Pembinaan Bertauliah CIDB (CCPM
SINOPSIS
Kursus dua (2) hari ini dirangka khas bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta mengenai prinsip asas kerja-kerja geomatik ukur tanah, pengurusan
pembinaan serta kawalan pembinaan bagi kerja-kerja infrastruktur saliran. Kursus ini disasarkan kepada pasukan penyelia tapak bina yang memerlukan pendedahan lanjut
berkenaan kerja-kerja geomatik ukur tanah serta kaitannya dengan kerja-kerja pembinaan saliran di tapak bina.
Geomatik adalah gabungan daripada perkataan “Geo” dan “matik” yang masing- masingnya bermaksud permukaan bumi dan ukuran. Salah satu cabang di dalam
Geomatik adalah kerja ukur kejuruteraan yang digunakan semasa kerja pembinaan dijalankan. Kerja ukur kejuruteraan merupakan satu proses yg terbalik dari kerja ukur
topografi dimana pada ukur topografi keadaan asal mukabumi dipetakan ke dalam pelan maka dalam ukur kejuruteraan pula maklumat yg terdapat dalam pelan
rekabentuk atau construction plan akan diterjemahkan pula ke atas tanah. Segala butir seperti ketinggian dan lokasi sebenar projek akan di tandakan di atas tanah di
tempatnya yg tepat seperti yang telah ditandakan di dalam pelan tersebut.
Pemahaman berkenaan asas-asas kerja ukur kejuruteraan adalah penting di dalam kerja pembinaan bagi memastikan produk akhir
yang akan disiapkan adalah mematuhi spesifikasi rekabentuk yang telah disediakan. Tidak hanya menjadi tanggungjawab in house
surveyor yang akan mengawal serta memproses keseluruhan data ukur pembinaan, pasukan penyelia tapak juga memainkan peranan
penting dalam mengawal elemen geomatik semasa kerja pembinaan dilakukan terutama bagi skop pembinaan saliran.
OBJEKTIF
- Memahami prinsip-prinsip asas dalam sesebuah elemen kerja ukur kejuruteraan di dalam skop kerja pembinaan saliran di dalam projek pembinaan
- Memahami kerja ukur tanah yang terlibat serta kepentingannya di dalam sesebuah kerja-kerja pembinaan infrastruktur saliran.
- Meningkatkan kefahamaman peserta berkenaan aspek-aspek kualiti pembinaan skop kerja saliran serta kawalan yang diperlukan.
TENTATIF KURSUS
(SILA HADIR PADA WAKTU YANG DITETAPKAN & BAWA JAKET JIKA PERLU)
HARI I
8.00 – 8.30 Pendaftaran Peserta
8.30 – 10.30 1. PENGENALAN
10.30 – 10.45 Cicipan / Kudapan – Rehat
10.45 – 12.00 2. ASAS-ASAS KERJA BINA GEOTEKNIK
12.00 – 1.30 Merarau – Rehat
1.30 – 4.30 3. PENGURUSAN PEMBINAAN KERJA GEOTEKNIK
4. Sesi Soal Jawab
Cicipan / Kudapan
Bersurai / Kursus ditangguh
HARI II
8.00 – 8.30 Pendaftaran Peserta
8.30 – 10.30 1. KAWALAN KERJA: PEMANTAUAN SERTA KAWALAN JADUAL PROJEK
10.30 – 10.45 Cicipan / Kudapan – Rehat
10.30 – 12.00 KAWALAN KUALITI
12.00 – 1.30 Merarau – Rehat
2.30 – 4.30 2. CERUN
3. Sesi Soal Jawab
4. Penyampaian Sijil Penyertaan
Cicipan / Kudapan
Penutup