Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

PENULISAN DOKUMEN RASMI – PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT BERKESAN DAN TATACARA PENULISAN MINIT MESYUARAT

22 September 2025 @ 8:00 am - 23 September 2025 @ 5:00 pm

TARIKH: 22 & 23 SEPTEMBER 2025 (2 HARI)

TEMPAT: VELVET PLATINUM HALL & SPACE, PUCHONG TASIK PRIMA

MASA: 8.30 PAGI – 5.30 PETANG

PENCERAMAH: PUAN NOOR ZAIDAH BINTI MOHAMED NOOR

                                Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (MD075/2/1997) / PSMB TTT 16570

 

SINOPSIS KURSUS

Mesyuarat merupakan platform utama bagi membincangkan, menyelaraskan, menyelesaikan seterusnya
memutuskan sesuatu perkara atau isu. Matlamat mesyuarat itu tercapai apabila tempoh yang ditetapkan
dipatuhi dan perbincangan yang dihasilkan itu berkesan. Perbincangan dan keputusan mesyuarat perlu dicatat
dan diedarkan kepada ahli mesyuarat agar tindakan susulan dapat diambil tindakan dan dipantau. Oleh itu,
minit mesyuarat yang berkualiti perlu berasaskan fakta, padat, tepat dan jelas. Maka, pengendalian mesyuarat
dengan baik dan penyediaan minit mesyuarat yang berkualiti mantap, dan seragam adalah perlu.
Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Tatacara Penulisan Minit Mesyuarat ini dapat membantu para peserta
mengendalikan mesyuarat dengan berkesan, teratur dan sistematik, di samping membantu para peserta
menyediakan dan menulis minit mesyuarat yang kemas, tersusun, jelas dan tepat.

OBJEKTIF KURSUS

Kursus selama dua hari ini memberikan pendedahan kepada para
peserta tentang panduan pengurusan mesyuarat dan penyediaan
minit mesyuarat yang kemas, tersusun rapi, jelas dan tepat.
Di samping itu, penerapan unsur-unsur penggunaan bahasa Melayu
yang gramatis turut dikongsikan.

Pada akhir kursus peserta dapat memperoleh:
O input dan pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu yang
baik dan betul serta menerapkannya dalam penulisan dokumen rasmi;
O keupayaan mengurus mesyuarat dengan lebih teratur dan berkesan;
O keupayaan menyediakan minit mesyuarat mengikut struktur yang
betul menggunakan ejaan, tatabahasa dan kosa kata yang betul dan
tepat; dan
O pelbagai maklumat berkaitan kesalahan bahasa yang perlu
dielakkan dalam penulisan serta berupaya membetulkannya.

KANDUNGAN KURSUS

O Dasar Bahasa Kebangsaan
O Asas Tatabahasa dan Sistem Ejaan
O Latihan Ejaan, Tatabahasa dan Kata Sapaan
O Penulisan Rasmi
O Panduan Pengurusan Mesyuarat § Pendahuluan § Tanggungjawab Urus Setia Mesyuarat § Tindakan Urus Setia (Pramesyuarat, Semasa
Mesyuarat & Pascamesyuarat) § Tugas Pencatat Mini
O Penulisan Minit Mesyuarat § Tugas/Peranan Pencatat Minit § Binaan Umum Minit Mesyuarat § Proses Penulisan Minit Mesyuarat
§ Penggunaan Bahasa dalam Minit Mesyuarat § Latihan dan Pembentangan
O Penutup/Rumusan Kursus

TENTATIF

HARI 1

8.00 – 8.30    PENDAFTARAN / SAJIAN PAGI

8.30 -10.30    Penulisan Rasmi
Latihan Tatabahasa
Latihan EjaanEjaan
– Betul/Mantap/Imbuhan Pinjaman dan Istilah Semasa
Panggilan Hormat
Kesalahan Umum Tatabahasa

10.30-11.00    REHAT – CICIPAN / KUDAPAN

11.00-1.00    PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT
(i) Pengenalan
(ii) Pramesyuarat
(iii) Carta Alir Pengendalian Mesyuarat
(iv) Komponen Mesyuarat

12.30-2.00   REHAT – MERARAU (MAKAN TENGAH HARI)

2.00 – 5.00   PENULISAN MINIT MESYUARAT I
(i) Pengenalan
– Definisi Minit Mesyuarat
– Konsep & Fungsi Minit Mesyuarat
– Kepentingan Minit Mesyuarat
– Ciri-ciri Minit Mesyuarat

(ii) Peranan Pencatat Minit Mesyuarat
(iii)Panduan Mengambil Minit
(iv)Bentuk Minit
(v) Format Minit Mesyuarat

CICIPAN / KUDAPAN

5.30               KURSUS DI TANGGUH

 

HARI 2

8.00 – 8.30    PENDAFTARAN / SAJIAN PAGI

8.30 -10.30   PENULISAN MINIT MESYUARAT II
(i) Tajuk Minit
(ii) Agenda Mesyuarat
(iii) Kehadiran & Ketidakhadiran Ahli Mesyuarat
(iv) Perutusan/Ucapan Pengerusi
(v) Pembentangan Minit Mesyuarat yang lalu
(vi) Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
(vii) Perkara Berbangkit
(viii) Perbincangan/Pelaporan
(ix) Pembentangan Kertas
(x) Penutup Minit Mesyuarat/Penangguhan
(xi) Hujung Minit

10.30-11.00    REHAT – CICIPAN / KUDAPAN

2.00 – 5.00    Sesi Perkongsian Minit Mesyuarat Peserta – Pengenalpastian Format Minit dan Penggunaan Bahasa yang betul
Rumusan

CICIPAN / KUDAPAN

5.30               KURSUS TAMAT

 

 

Details

  • Start: 22 September 2025 @ 8:00 am
  • End: 23 September 2025 @ 5:00 pm

Organizer

  • Velvet Platinum Resources