- This event has passed.
PENULISAN DOKUMEN RASMI TATACARA PENULISAN LAPORAN

TARIKH: 23- 24 JUN 2025 (2 HARI)
TEMPAT: THE PALM GARDEN HOTEL, IOI RESORT CITY, PUTRAJAYA
MASA: 9 PAGI – 5 PETANG
PENCERAMAH : PUAN NOOR ZAIDAH BINTI MOHAMED NOOR
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (MD075/2/1997) / PSMB TTT 16570
SINOPSIS
Laporan ialah satu bentuk wacana yang bermaklumat yang ditulis mengikut laras bahasa dan format
tertentu. Laporan merupakan penerangan berkenaan sesuatu aktiviti/program/projek yang telah
dilaksanakan oleh sesebuah organisasi menerangkan kemajuan, cabaran dan hasil yang diperoleh
daripada aktiviti/program/projek tersebut. Laporan sering kali ditulis kerana diperlukan oleh pihak-pihak
yang berkepentingan bagi menunjukkan nilai dan impak daripada aktiviti/program/projek yang
dilaksanakan itu. Melalui laporan yang baik, pihak berkepentingan dapat menentukan sama ada
aktiviti/program/projek berkaitan boleh diulang lagi atau tidak. Selain itu, laporan yang lengkap dan
mantap dapat membantu meningkatkan mutu kerja pada masa akan datang kerana dapat diketahui
apa yang boleh dibaiki melalui laporan sebelum itu di samping menjadi bahan rekod untuk rujukan akan
datang. Kursus ini memberikan panduan berkaitan kaedah menulis laporan yang baik mengikut susunan
format yang betul, penggunaan bahasa dan laras bahasa yang formal, dan garapan idea yang kemas.
OBJEKTIF
Kursus selama sehari ini memberikan pendedahan kepada para peserta tentang panduan dan kaedah penyediaan serta penulisan
laporan dengan lebih berkesan dan profesional di samping menerapkan unsur-unsur penggunaan bahasa Melayu yang gramatis.
Pada akhir kursus peserta dapat memperoleh:
-input dan pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu
yang baik dan betul serta menerapkannya dalam penulisan
dokumen rasmi;
-keupayaan menulis laporan yang betul dari segi ejaan dan tatabahasa serta penggunaan format yang bersistematik bersesuaian dengan keperluan pembaca;
-kemahiran dan keterampilan berbahasa dalam penulisan laporan melalui kaedah yang betul; dan
-pelbagai maklumat berkaitan kesalahan bahasa yang perlu dielakkan dalam penulisan laporan serta berupaya membetulkannya
KUMPULAN SASARAN
Pasukan Pengurusan Projek, Ahli-ahli Professional – Pegawai-Pegawai yang terlibat menguruskan program kerja,
Kakitangan Perbadanan, Majlis Perbandaran/Daerah dan semua yang terlibat dalam bidang berkenaan.
TENTATIF
HARI 1
8.00-8.30 PENDAFTARAN / SAJIAN PAGI
8.30 -10.30 SESI PENGENALAN BERSAMA PESERTA
PENULISAN RASMI
LATIHAN TATABAHASA
LATIHAN EJAAN
EJAAN BETUL / MANTAP / IMBUHAN
PINJAMAN DAN ISTILAH SEMASA
SESI SOAL JAWAB
10.30-11.00 REHAT – CICIPAN / KUDAPAN
11.00 – 12.30 I. PENGENALAN
KONSEP & TAKRIF LAPORAN
MATLAMAT
TUJUAN LAPORAN
FUNGSI LAPORAN
II. CIRI-CIRI LAPORAN
STRUKTUR, FORMAT DAN GAYA YANG FORMAL
PEMBENTANGAN BERILUSTRASI
PENYATAAN PENDAPAT
12.30-2.00 REHAT – MERARAU (MAKAN TENGAH HARI)
2.00-4.30 III. KATEGORI LAPORAN
BENTUK BORANG
BENTUK TERBUKA/PANJANG/DESCRIPTION
IV. KUALITI LAPORAN
TEPAT
PADAT
LENGKAP
JELAS
BERURUTAN
HARI 2
8.00-8.30 PENDAFTARAN / SAJIAN PAGI
8.30 -10.30 V. JENIS-JENIS LAPORAN
VI. SUSUN ATUR/SPESIFIKASI TEKNIKAL PENULISAN LAPORAN
10.30-11.00 REHAT – CICIPAN / KUDAPAN
11.00 – 12.30 VII. STRUKTUR/FORMAT UMUM MENGIKUT JENIS LAPORAN
VIII. KEMAHIRAN MENULIS LAPORAN
12.30 – 2.00 REHAT – MERARAU (MAKAN TENGAH HARI)
2.00 – 4.30 IX. PENGGUNAAN & ASPEK BAHASA DALAM PENULISAN LAPORAN
X. LANGKAH PENULISAN LAPORAN
XI. CONTOH FORMAT LAPORAN (UMUM)
XII. PANDUAN CARA PENYEDIAAN LAPORAN
VIII. PASCAPENULISAN
KURSUS TAMAT