TARIKH: 23 & 24 JULAI 2025 (2 HARI) TEMPAT: VELVET PLATINUM HALL & SPACE, PUCHONG TASIK PRIMA MASA: 8.30 PAGI – 5.30 PETANG PENCERAMAH: PUAN NOOR ZAIDAH BINTI MOHAMED NOOR Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (MD075/2/1997) / PSMB TTT 16570 SINOPSIS KURSUS Mesyuarat merupakan platform utama bagi membincangkan, menyelaraskan, menyelesaikan seterusnya memutuskan sesuatu perkara atau isu. Matlamat mesyuarat itu tercapai apabila tempoh yang ditetapkan dipatuhi dan perbincangan yang dihasilkan itu berkesan. Perbincangan dan keputusan mesyuarat perlu dicatat dan diedarkan kepada ahli mesyuarat agar tindakan susulan dapat diambil tindakan dan dipantau. Oleh itu, minit mesyuarat yang berkualiti perlu berasaskan fakta, padat, tepat dan jelas. Maka, pengendalian mesyuarat dengan baik dan penyediaan minit mesyuarat yang berkualiti mantap, dan seragam adalah perlu. Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Tatacara Penulisan Minit Mesyuarat ini dapat membantu para peserta mengendalikan mesyuarat dengan berkesan, teratur dan sistematik, di samping membantu para peserta menyediakan dan menulis minit mesyuarat yang kemas, tersusun, jelas dan tepat. OBJEKTIF KURSUS Kursus selama dua hari ini memberikan pendedahan kepada para peserta tentang panduan pengurusan mesyuarat dan penyediaan minit mesyuarat yang kemas, tersusun rapi, jelas dan tepat. Di samping itu, penerapan unsur-unsur penggunaan bahasa Melayu yang gramatis turut dikongsikan. Pada akhir kursus peserta dapat memperoleh: O input dan pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menerapkannya dalam penulisan dokumen rasmi; O keupayaan mengurus mesyuarat dengan lebih teratur dan berkesan; O keupayaan menyediakan minit mesyuarat mengikut struktur yang betul menggunakan ejaan, tatabahasa dan kosa kata yang betul dan tepat; dan O pelbagai maklumat berkaitan kesalahan bahasa yang perlu dielakkan dalam penulisan serta berupaya membetulkannya. KANDUNGAN KURSUS O Dasar Bahasa Kebangsaan O Asas Tatabahasa dan Sistem Ejaan O Latihan Ejaan, Tatabahasa dan Kata Sapaan O Penulisan Rasmi O Panduan Pengurusan Mesyuarat § Pendahuluan § Tanggungjawab Urus Setia Mesyuarat § Tindakan Urus Setia (Pramesyuarat, Semasa Mesyuarat & Pascamesyuarat) § Tugas Pencatat Mini O Penulisan Minit Mesyuarat § Tugas/Peranan Pencatat Minit § Binaan Umum Minit Mesyuarat § Proses Penulisan Minit Mesyuarat § Penggunaan Bahasa dalam Minit Mesyuarat § Latihan dan Pembentangan O Penutup/Rumusan Kursus TENTATIF HARI 1 8.00 - 8.30 PENDAFTARAN / SAJIAN PAGI 8.30 -10.30 Penulisan Rasmi Latihan Tatabahasa Latihan EjaanEjaan - Betul/Mantap/Imbuhan Pinjaman dan Istilah Semasa Panggilan Hormat Kesalahan Umum Tatabahasa 10.30-11.00 REHAT - CICIPAN / KUDAPAN 11.00-1.00 PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT (i) Pengenalan (ii) Pramesyuarat (iii) Carta Alir Pengendalian Mesyuarat (iv) Komponen Mesyuarat 12.30-2.00 REHAT - MERARAU (MAKAN TENGAH HARI) 2.00 - 5.00 PENULISAN MINIT MESYUARAT I (i) Pengenalan - Definisi Minit Mesyuarat - Konsep & Fungsi Minit Mesyuarat - Kepentingan Minit Mesyuarat - Ciri-ciri Minit Mesyuarat (ii) Peranan Pencatat Minit Mesyuarat (iii)Panduan Mengambil Minit (iv)Bentuk Minit (v) Format Minit Mesyuarat CICIPAN / KUDAPAN 5.30 KURSUS DI TANGGUH HARI 2 8.00 - 8.30 PENDAFTARAN / SAJIAN PAGI 8.30 -10.30 PENULISAN MINIT MESYUARAT II (i) Tajuk Minit (ii) Agenda Mesyuarat (iii) Kehadiran & Ketidakhadiran Ahli Mesyuarat (iv) Perutusan/Ucapan Pengerusi (v) Pembentangan Minit Mesyuarat yang lalu (vi) Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu (vii) Perkara Berbangkit (viii) Perbincangan/Pelaporan (ix) Pembentangan Kertas (x) Penutup Minit Mesyuarat/Penangguhan (xi) Hujung Minit 10.30-11.00 REHAT - CICIPAN / KUDAPAN 2.00 - 5.00 Sesi Perkongsian Minit Mesyuarat Peserta - Pengenalpastian Format Minit dan Penggunaan Bahasa yang betul Rumusan CICIPAN / KUDAPAN 5.30 KURSUS TAMAT